Thursday, 29 September 2011

Kajian Tindakan 1

Disediakan oleh: Unit Bimbingan dan Kaunseling SKKM 2011
KAJIAN REKOD PENGGUNAAN BILIK, LORONG DAN SUDUT PPDa OLEH MURID-MURID SK KOTA MASAI

PENGENALAN
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji Rekod Penggunaan Bilik, Lorong dan Sudut PPDa oleh warga SKKM. Segala maklumat yang dirujuk adalah berdasarkan kepada data yang telah direkodkan di dalam Buku Rekod Penggunaan Bilik tahun 2009, 2011 dan 2011.

Buku Rekod Pengguna Bilik diwujudkan untuk merekod bilangan kehadiran guru dan murid ke Sudut dan Lorong PPDa sebagai penambahan ilmu tentang bahayanya Dadah. Selain itu juga murid mendapat penerangan yang jelas daripada guru tentang jenis-jenis dadah, punca dan kesannya serta pencegahan dan pemulihan pengambilan dadah.

Semenjak diwujudkan pada tahun 2009, guru-guru SK Kota Masai disyorkan agar membawa murid-murid membuat lawatan ke setiap kawasan Lorong dan Sudut PPDa untuk memastikan setiap maklumat tentang Dadah yang disampaikan memberi impak yang positif kepada seluruh warga SK Kota Masai.

Buku Rekod Penggunaan Bilik adalah di bawah tanggungjawab Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan dipantau oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Dengan adanya Sudut dan Lorong PPDa, semua guru mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat mengenai PPDa di setiap tempat sebagai bahan untuk menjalankan proses P&P kepada murid terutamanya kepada murid Tahun 6.


LAPORAN / RUMUSAN

Pelaksanaan penyediaan bilik, lorong dan sudut dadah telah bermula pertengahan tahun 2009. Ini menunjukkan sambutan pada awalnya memberansangkan. Peningkatan penggunaan bahan pada tahun 2009 dapat dilihat dari statistik di atas, di mana sebanyak 3% peningkatan dari jumlah keseluruhan murid.

Perbandingan yang ketara bagi ketiga-tiga tahun menunjukkan penurunan dari tahun 2010 sehingga tahun 2011 telah berlaku. Pada tahun 2011 peratusan penggunaan bahan sebanyak 1% berbanding tahun 2010 sebanyak 2%.

Penurunan penggunaan bahan ini berpunca daripada keadaan bahan yang semakin lama mengalami masalah-masalah yang tidak dapat dikawal seperti kehilangan bahan dan kerosakan pada bahan-bahan yang digunakan. Namun demikian, penambahbaikan sedang dilaksanakan dan jatawatankuasa pelaksanaan yakin penggunaan bahan bagi setiap bilik, lorong dan sudut kembali mendapat sambutan daripada murid.

No comments:

Post a Comment