Wednesday, 7 September 2011

Sasaran PPDa


Sasaran PPDa

Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

a.       VISI PPDa Kebangsaan
Negara Bebas Dadah Tahun 2015

b.       VISI PPDa Pendidikan
          Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012

c.       VISI PPDa SKKM
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

 
TEMA PPDa SKKM
           1 Malaysia , 1 SKKM Membanteras Dadah

          Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa sambutan Hari Antidadah bagi Tahun 2010 dan 2011 menggunakan tema , '1 Malaysia Membanteras Dadah'. Tujuan tema ini dipilih bagi mereliasasikan matlamat PPDa bahawa "Sekolah Bebas Dadah 2012". Lanjutan itu, semua pihak harus memainkan peranan yang serius dalam menangani masalah dadah terutama yang melibatkan pelajar sekolah.
   Usaha yang berterusan dan bersepadu harus dilaksanakan bagi memerangi anasir dadah hingga ke peringkat akar umbi. Peranan sekolah sebagai satu tapak pendidikan anti dadah amat relevan dan perlu mendapat sokongan semua pihak sama ada guru, pelajar, ibu bapa, masyarakat, pemimpin, dan semua anggota masyarakat. Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bukan lagi satu usaha yang terpinggir, malah perlu diberi perhatian dan sokongan oleh semua pihak, agar matlamat menjadikan sekolah sebagai kawasan bebas dadah tercapai.
  
MISI PPDa SKKM

     Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dari dadah.


No comments:

Post a Comment