Monday 5 September 2011

Lorong PPDa

Lorong ini telah diuruskan dan dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual dan Panitia Kajian Tempatan. Pengurusan lorong ini telah diuruskan oleh Puan Aida Bt Ahmad dan Encik Rukman.      

Lorong bersebelah bilik Kemahiran Hidup ini  mengandungi dua bahagian iaitu lorong positif dan lorong negatif. Lorong ini diwujudkan bagi menyampaikan maklumat kepada para pengunjung kesan negatif apabila menggunakan dadah dan kesan positif menjauhi dadah.




Manakala di sepanjang lorong pejalan kaki pula memaparkan pelbagai maklumat berkaitan dadah bermula dari jenis-jenis dadah, kesan pengambilan dadah, punca pengambilan dadah dan cara mengatasi serta menghindari dari terlibat dengan najis dadah.






Impak hasil mewujudkan lorong ini didapati bahawa ruangan ini telah memberi manfaat kepada murid dalam mendapatkan informasi mengenai dadah. Malahan maklumat yang mereka dapati hasil dari bahan-bahan di lorong itu dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment