Sunday 4 September 2011

Visi, Misi dan Piagam Pelanggan




Visi dan Misi
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.
Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


Piagam Pelanggan


Kami warga Sekolah Kebangsaan Kota Masai dengan penuh tekad dan iltizam akan;

01- Memastikan sistem pendidikan kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah ini selaras dengan kehendak individu, masyarakat dan negara bagi melahirkan generasi berilmu serta memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

02- Memastikan pendidikan kepada murid menjadi keutamaan kami dan tidak akan dinafikan haknya daripada menerima pendidikan selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan.

03- Memahami, menghayati dan memastikan pelaksanaan 4 teras utama pembangunan pendidikan 2001 – 2010 iaitu;
  • Meningkatkan AKSES kepada pendidikan
  • Meningkatkan EKUITI dalam pendidikan
  • Meningkatkan KUALITI pendidikan
  • Meningkatkan tahap KECEKAPAN dan KEBERKESANAN pengurusan
04- Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan ceria bagi memudahkan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

05- Memastikan kami sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan kami yang terdiri daripada murid, ibu, bapa, PPD, JPN, KPM, masyarakat dan Negara.

06- Memastikan tenaga kerja yang mencukupi, dedikasi, beriltizam, bertanggungjawab dan produktif terhadap tugas pada setiap masa.

07- Sentiasa bersedia menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

08- Memberi layanan yang adil dan mesra, perkhidmatan yang cekap dan maklumat yang lengkap dan tepat kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami. 

09- Mewujudkan budaya penyayang di kalangan seluruh warga sekolah dan hubungan mesra dengan komuniti.

No comments:

Post a Comment