Thursday, 29 September 2011

Kajian Tindakan 3

Disediakan oleh :
1-En. Mohd Sukeri B. Hamid
2-En. Roslan B. Daud
3-Pn. Harnani Bt. Yusoff


"NaBimKaun" Dapat Mengatasi Masalah Gejala Merokok Di Kalangan Murid Sekolah Rendah

Gejala Merokok di sekolah rendah merupakan isu yang terpencil tetapi jika gejala ini tidak dikawal akan menjadi lebih parah dan boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah. Justeru itu, kami telah mengemukakan satu idea yang dapat membantu mengatasi masalah gejala merokok dalam kalangan murid di sekolah rendah. Idea yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah ini dinamakan Kaedah "NaBimKaun" (menggunakan singkatan Na-nasihat, Bim-bimbingan dan Kaun-kaunseling)


Fokus Kajian

Kajian ini berfokus kepada meningkatkan tahap disiplin murid-murid dalam aktiviti harian mereka di sekolah. Ini dapa dilihat apabila murid dapat mengaplikasikan disiplin seterusnya dapat membantu melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan pelajaran. Berdasarkan pemerhatian kami, antara faktor yang mempengaruhi murid-murid terhadap tingkah laku terlibat dalam gejalan merokok adalah:
i) pengaruh rakan sebaya
ii)pengaruh dari rumah
iii)sikap ingin mencuba

Bagi mengatasi masalah tersebut, guru disiplin dan guru kaunseling ingin menerapkan Kaedah NaBimKaun bagi membantu mengatasi gejala merokok  di sekolah rendah.

Perlaksanaa Kajian

1- Tinjauan Masalah
Tinjauan Masalah dibuat berdasarkan pemerhatian kes-kes yang telah berlaku dan wawancara dengan guru disiplin serta guru bimbingan dan kaunseling terhadap murid Tahun Enam yang terlibat dengan gejala merokok di sekolah.

2-Pemerhatian Kes
Pemerhatian kes telah dibuat pada murid Tahun Enam setelah mendapat kes yang telah dilaporkan kepada guru disiplin tentang murid yang terlibat degan gejala merokok. Setelah guru disiplin membuat soal selidikterhadap murid-murid Tahun Enam terdapat seorang murid terlibat dengan gejala merokok. Hal ini menyebabkan sekolah akan terhambat dengan matlamat "Sekolah Bebas Dadah 2012"




Tindakan yang dijalankan


Sebelum murid mengikuti kaedah "NaBimKaun" , kami telah memilih seorang murid yang terlibat dengan gejala merokok untuk menjalankan kaedah "NaBimKaun". Kaedah ini perlu dijalankan melalui beberapa proses antaranya ialah:

  • Proses yang pertama Na-(nasihat), guru disiplin memainkan peranan dalam proses yang pertama iaitu dengan memberikan nasihat kepada murid yang terlibat dengan gejala merokok.
  • Proses yang keduan Bim-(bimbingan), guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang kedua iaitu dengan memberikan bimbingan kepada murid yang terlibat dengan gejala merokok.
  • Proses yang ketiga Kaun-(kaunseling), guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam proses yang ketiga iaitu dengan memberikan kaunseling kepada murid yang terlibat dengan gejala merokok.


Selepas murid tersebut melalui proses kaedah "NaBimKaun", murid tersebut menunjukkan perkembangan yang positif.

Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian


Setelah mengenal pasti permasalahan berikut kami telah memperkenalkan kaedah "NaBimKaun" melalui nasihat dan bimbingan kaunseling kepada murid. Murid diberi nasihat dan bimbingan kaunseling untuk memastikan murid dapat menjauhi gejala merokok di sekolah.

Proses penyelesaian kajian tindakan ini, kami telah mengambil masa selama ttiga minggu untuk menyelesaikan. Murid diberi bimbingan kaedah "NaBimKaun"  selama 30 minit setiap kali pertemuan dengan guru disiplin dan guru bimbingan kaunseling. Berdasarkan pemerhatian, kami percaya kaedah ini mampu membantu murid-murid membentuk sisiplin yang berfokuskan pengurangan tahap gejala merokok di sekolah.

No comments:

Post a Comment