Rasional Mewujudkan Lorong PPDa
Sejajar dengan itu, kewujudan lorong untuk program sebegini menjadi keperluan sebagai pusat informasi dan rujukan sampingan yang memastikan momentum penyebarannya berkekalan setiap masa. Memandangkan kekangan bagi menyediakan bilik khas, lokasi yang sedia ada yang difikirkan sesuai untuk dijadikan sudut untuk penyebaran maklumat PPDa. Ianya difikirkan sesuai kerana menjadi tumpuan murid dan laluan pejalan kaki untuk ke kelas dan ke bilik-bilik khas.
Ruangan ini mampu memberi manfaat kepada murid bukan hanya bagi mendapatkan informasi malah aktiviti-aktiviti lain yang menambah nilai dalam proses pembelajaran mereka.
Perlaksanaan
Berdasarkan faktor kekangan kawasan dan bilangan murid yang ramai maka perlaksanaan lorong PPDa telah dibahagikan kepada enam bahagian iaitu:
1- Sepanjang lorong bersebelah bilik Kemahiran Hidup dan sepanjang lorong pejalan kaki dari bilik Kemahiran Hidup hingga ke kantin.
2- Banting besar di setiap dinding tangga.
3- Bawah tangga di hadapan bilik kelas Pendidikan Seni dan di kolong.
6- Sudut aktiviti di kawasan bawah kolong.
Bagi memastikan perlaksaan semua sudut dan lorong berjalan seperti dirancang, setiap sudut dan lorong telah dibahagikan kepada beberapa panitia sebagai kawasan angkat.
No comments:
Post a Comment