Thursday, 29 September 2011

Kajian Tindakan 2

Disediakan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKKM 2011

Soal Selidik Pengetahuan dan Pembabitan Berkaitan Rokok dan Dadah Dikalangan Murid Lelaki
1) Pengetahuan Am Berkaitan Rokok



Berdasarkan kepada graf serta jadual iaitu pengetahuan am tentang rokok, menunjukkan semua responden iaitu 24 orang atau 100% murid bersetuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan tentang rokok. Begitu juga dengan pernyataan mengenai bahaya merokok, 100% murid tahu bahaya jika menghisap rokok kepada diri mereka. Bagi pernyataan yang ketiga iaitu pernah memegang batang atau puntung rokok sebanyak 6 orang atau 25% murid mengaku mereka pernah memegang puntung rokok manakala 75% atau 18 murid tidak pernah memegangnya. Pernyataan keempat pula menunjukkan 5 orang atau 21% murid pernah membeli rokok untuk ahli keluarga mereka selebihnya iaitu 79% yang mewakili 19 murid tidak pernah membelinya. Berbanding dengan pernyataan ahli keluarga saya ada yang menghisap rokok, 14 orang atau 58.3% murid bersetuju bahawa ada ahli keluarga mereka menghisap rokok manakala 41.6% yang mewakili 10 murid lagi tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Analisis pernyatan yang terakhir mengenai maklumat kawan yang mengetahui tentang rokok iaitu ada atau tidak rakan mereka yang menghisap rokok, seramai 11 atau peratusan mewakili 45.8% murid bersetuju bahawa dikalangan rakan mereka ada yang menghisap rokok tetapi 13 atau 54.1% murid sebaliknya. Kesimpulannya, para pelajar mempunyai pengetahuan tentang rokok serta mengetahui kesan rokok kepada mereka.

2) Pengaruh Rokok



Graf dan jadual menerangkan pengaruh merokok kepada diri mereka. Terdapat empat bahagian yang ditanya. Pernyataan pertama mengenai keinginan mencuba menghisap rokok, menunjukkan 24 responden atau 100% murid tidak ingin menghisap rokok. Melalui graf serta jadual juga menunjukkan 24 orang yang mewakili 100% murid tidak pernah menghisap rokok, tidak pernah cuba menghisap rokok, tidak pernah menghisap rokok dan bukan seorang perokok. Ini menjelaskan para pelajar tidak pernah dan mempunyai keinginan untuk menghisap rokok.

3) Kuantiti Rokok



Berdasarkan graf serta jadual pula menerangkan dapatan yang diperoleh daripada para pelajar tentang kuantiti batang rokok. Bagi keempat-empat pernyataan yang disoal selidik, menunjukkan kesemua pelajar iaitu seramai 24 murid atau 100% tidak pernah pernah menghisap sebatang rokok, 100% yang mewakili 24 murid tidak pernah menghisap 2 hingga 5 batang rokok, 100% atau 24 murid tidak pernah menghisap 5-10 batang rokok dan juga 100% yang diwakili 24 murid tidak pernah menghisap lebih daripada 11 batang rokok. Daripada graf ini jelas menunjukkan responden yang disoalselidik tidak pernah menghisap rokok.

4) Persepsi Berkaitan Rokok



Graf dan jadual peratusan pula adalah mengenai persepsi tentang rokok. Empat soalan yang ditanya kepada murid, di mana untuk kedua-dua pernyataan ini murid bersetuju bahawa mereka tidak merokok kerana desakan kawan dan menyatakan merokok itu tidak penting untuk mereka. Manakala bagi pernyataan rokok amat mudah dibeli, 8 atau 33.3% murid bersetuju dengan pernyataan tersebut, 66.7% atau 16 murid pula tidak bersetuju. 22 murid atau mewakili 91.6% murid bersetuju tidak akan melibatkan diri dengan merokok dan 2 murid atau 8.3% murid lagi tidak bersetuju tidak melibatkan diri dengan merokok.

5) Persepi Berkaitan Ganja



Berdasarkan graf serta jadual iaitu persepsi tentang ganja, 91.6% murid atau 22 orang mengetahui apa itu ganja 2 orang atau 8.3%pula tidak mengetahui apa itu ganja. Untuk pernyataan saya pernah melihat ganja, 8 atau mewakili 33.3% murid bersetuju saya pernah melihat ganja manakala 16 atau 66.7% murid tidak pernah melihat ganja. Bagi pernyataan yang seterusnya semua pelajar iaitu 24 orang atau 0% tidak pernah menghisap ganja dan tidak pernah melihat rakan mereka menghisap ganja. Graf juga menunjukkan seorang atau 4.16% bersetuju dengan pernyataan ganja amat mudah untuk dibeli, 23 atau 95.8% murid pula tidak bersetuju ganja mudah untuk dibeli.

6) Persepsi Berkaitan Dadah



Graf dan jadual secara keseluruhannya menerangkan dapatan mengenai persepsi dadah. Graf dan jadual tersebut menerangkan 24 orang atau 100% murid mengetahui apa itu dadah. Ia juga menunjukkan 95.8% atau 23 orang mengetahui bahaya dadah seorang atau 4.16% pula tidak mengetahui bahaya dadah. Pernyataan seterusnya menunjukkan 10 orang atau 41.6% pernah melihat beberapa jenis dadah, tetapi 14 atau 58.3% orang tidak pernah melihat dadah. 5 murid atau 20.8% orang bersetuju bahawa mereka pernah melihat orang menghisap dadah manakala selebihnya iaitu 19 orang atau 79.1% tidak pernah melihatnya.

No comments:

Post a Comment