Tuesday 6 September 2011

Latar Belakang PPDa

Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid , guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjahuinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’.
Sehubungan dengan itu, beberapa objektif telah digariskan iaitu:
  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  • Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan roani.
  • Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
  • Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.

    Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah ini menekankan beberapa prinsip iaitu:
    • Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.
    • Pendidikan pencegahan dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibubapa.
    • Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
    • Pendekan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
    • Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggujawab semua warga sekolah.
    • Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah 'Sekolah Bebas Dadah 2012'

    No comments:

    Post a Comment